AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Sunday, July 27, 2003

[CATATAN 33]

Lawat Makam

Tengah hari tadi sampai ke Tanta dari Mansurah... naik bas LE 2 genih... ingatkan cepat sampai, padahal sejam setengah baru sampai... cadangan abg Kamal suruh naik bas tu... tapi takpalah, janji sampai noo!!
Pi mansurah buat apa?.. ni nak citer nih... meh semua cucu atuk dok depan nih nak citer... tutup mulut tu jangan dok nganga...hehehe...
Sebonarnyo kemarin ada rehlah [lawatan] akhawat [pelajar pompuan] Perlis sekitar Mansurah... dah diorang perlukan dua orang musyrif [guide] , iwan ajak ler pi sama... iwan bawa akhawat dari Kaherah sensorang... lapan orang jer tak banyak... yang lain tunggu kat Mansurah.
Aku bertolak dari Tanta ke Mansurah lepas maghrib... sampai kat sana terus pegi rumah Abg Kamal... Abg Kamal ni dah kawin... dekat setahun dah kot...tapi takder anak lagi... diorang dok berdua ajer... tumpang tido kat umah dia dan memang dia akan ikut sama rehlah ni.
Sarapan pagi cucoq ubi dengan laksa di sediakan oleh isteri Abg Kamal, Kak Yas... sedap cucoq ubi dia --- sedap pree --- hehehe... lepas makan terus bertolak naik tramco [van sewa]... aku naik tramco pertama dengan 7 orang akhawat [kena dok depan laa sensorang]... iwan ngan abg Kamal naik tramco kedua.
Destinasi pertama ialah makam Sheikh Mutawalli Al-Sya'rawi di kampung Daqadus kira² 30 km dari Mansurah... Sheikh Sya'rawi ni adalah salah seorang ulama' Mesir yang disegani dan disanjung oleh umat Islam disini... beliau hidup di zaman Raja Farouq, Jeneral Ahmad najib, Presiden Jamal Abdul Nasir, Presiden Anuar Sadat dan sehinggalah zaman Presiden Muhammad Husni Mubarak [Presiden sekarang].
Makam beliau terletak di sebelah bangunan Yayasan yang beliau tubuhkan sendiri, dan berdekatan dengan rumahnya... antara sejarah tentang Sheikh Sya'rawi adalah ketika mana Kerajaan Arab Saudi ingin mengubah makam Nabi Ibrahim A.S dari tempat asalnya, beliau bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim A.S ... dan Nabi Ibrahim A.S tidak membenarkan makamnya diubah... maka dengan segera beliau mengirim surat kepada kerajaan Arab Saudi memberitahu perkara itu, dan rancangan itu dibatalkan.
Selepas makam Syeikh Sya'rawi kami bertolak ke makam Saidina Muhammad bin Abu Bakr... Saidina Muhammad bin Abu Bakr adalah anak kepada Saidina Abu Bakr As-Siddiq [Khalifah Islam yang pertama]... makamnya terletak di kampung Miyt Namdis [25km dari Mansurah]... Saidina Muhammad bin Abu Bakr mengikut bala tentera Islam di bawah pimpinan Saidina Amru Al-'As ke Mesir untuk membebaskan Mesir daripada cengkaman Rom... mayat Saidina Muhammad bin Abu Bakr ditemui di dalam sungai, dan dipercayai di bunuh oleh tentera Rom... di hadapan makamnya terdapat sebiji batu besar yang dipercayai boleh memudahkan orang perempuan untuk mengandung [habis semua akhawat tu duduk kat atas batu tu].
Lepas tu bertolak ke sebuah lagi makam... dalam perjalanan ke makam tersebut sempat singgah di kebun² buah²an yang ada... antaranya kebun sayur kobis, kebun buah khuhk [buah ni takder kat mesia] dan kebun anggur... bergambar dengan buah² pun jadilah... tapi kami disedekahkan 2 kilo buah khuhk... Alhamdulilah rezeki.
Sampai ke makam seterusnya time Zohor... sembahyang jama'takdim kat situ pastu baru masuk ke makam... makam ini adalah makam Sheikh Abdulllah bin Salam... beliau adalah salah seorang ulama' terdahulu... asalnya beliau adalah seorang Pendita Yahudi... tetapi beliau memeluk Islam setelah berpuas hati dengan jawapan terhadap soalan² yang diajukan, dan berdakwah terhadap kaumnya sendiri di kampung tersebut iaitu kampung Kafr Al-amir.
Selesai melawat makam² tersebut bertolak ke Ra'sul Bar, iaitu tempat di mana pertemuan air Sungai Nil dan Laut Mediterinean... di situ kami mengisi perut yang berkeroncong dari tadi... makanan disediakan oleh akhawat² tersebut... lepas bergambar lebih kurang bertolak balik ke Mansurah... selamat sampai ke rumah Abg Kamal jam 7.30 ptg. --- Tamat kisah rehlah ---
Lepas maghrib tolong angkat barang akhawat kat atas rumah abg Kamal yang berpindah... barang² banyak macam nak buat pameran... letih gak tapi takpa dapat makan pree...hihiks... lepas Isyak aku, iwan dan abg Kamal keluar ke restoran Seafood Arab ... lama tak makan seafood... pekena sotong, udang, ketam dengan nasi goreng ala Arab... habis LE 41 genih... tapi puas hati sebab sedap dan kenyang sampai pagi... balik rumah terus tidoo...

Thursday, July 24, 2003

[CATATAN 32]

Pulang

Pulang sekejap ke kampung halaman [Tanta]... tapi bukan kampung halaman di Malaysia... kalau pulang ke kampung halaman kat Mesia, suasana lebih tenang, aman, damai... di Tanta hanyalah tempat study dan tidak ada Mak Ayah atau adik beradik... tapi tetap gembira pasal buleh lari sekejap dari kerja² yang berserabut di kepala.
Baru lepas talipon Mak Ayah kejap tadi... Alhamdulillah semuanya sihat dan tidak ada berita buruk yang kuterima... cuma adikku yang kecil tidak berupaya nak bersembang... Mak kata, "Dia tak boleh nak cakap pasai ayaq mata nak berlinang"... biasalah adik rindukan abang yang jauh di perantauan... -- sabar --

Kahwin

Ingat nak balik dua hari jer... tapi dah terlepas kenduri kahwin sahabat baik di Kaherah, rehat lagi sehari lah di Tanta... hari tu dengaq kata kenduri hari Jumaat 25hb, tu yang nak balik hari Khamis... alahai dah terlepas... dah laa masa akad nikah pun tak pi pun.
Sekarang ni ramai yang kawin muda yer... tapi bagus gak kawin muda nii... mengelakkan diri dari fitnah dan maksiat... kalau dah mampu tu apa lagi yang nak dinanti kan?

Friday, July 18, 2003

[CATATAN 31]

Rehlah

Alhamdulillah selamat pulang dari rehlah[lawatan & berkelah]... sebenaQnya sebab tak apdet weblog ni kes tu laaa... dok uruskan program tu... cadangan nak dibuat pun hanyalah dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh bertolak... alang² dah pegang jawatan Ketua UKKS terus di amanahkan sebagai pengarah program... macam² masalah datang... mula² nak cari musyrif[tourist guide]... dah selesai yang tu, masalah Coster plak[mini bus]... pastu nak cari peserta plak... ni lah masalah paling berat... dan masalah ni tak selesai jugak sampai habis program... terpaksa lah bertolak dengan kekurangan peserta 4 orang.[hanya 22 orang peserta]

Matruh

Destinasi rehlah adalah Matruh & Siwa... pukul 12 tgh malam Coster sampai kat Rumah Perlis... setelah siap packing barang, coster pun bergerak... -- sebab apa bertolak malam? -- ... sebab sekarang ni Mesir mengalami musim panas yang berbahang²[hampir 40 darjah dan lebih]... jadi inisiatif ini diambik bagi mengelak kepanasan yang melampau.

Bandar Matruh terletak di sebelah barat daya negara Mesir... kawasannya tenang dan bersih... pantai nya MasyaAllah, Subhanallah, cantik dan kebiruan[budak mesir yang tak pergi memang rugi hehehe..]... dalam perjalanan pukul 2 pagi, coster terpaksa berhenti di tengah² padang pasir yang terbentang luas sebab barang yang diletakkan di atas bumbung hampir tercicir... Alhamdulillah tidak ada barang yang tercicir... perjalanan disambung.

Pukul 3.30 pagi sampai di kawasan bekas perang dunia kedua... pelbagai bahan sejarah disimpan disitu... muzium perang dunia kedua, tugu peringatan tentera Jerman, tugu peringatan tentera Britain, kereta² kebal lama, dan banyak lagi... tapi semua tu kami tak tengok masa tu sebab semuanya di alam mimpi... musyrif kami tunjukkan kat kami masa perjalanan pulang... pukul 5.30 pg sampai kat tempat rehat... turun sembahyang subuh dan qadha hajat.

Pukul 7.30 pagi tiba di Matruh... selepas Check In kat hotel yang telah ditempah, semua tak sabar nak terjun laut... apa lagi semua pakat salin pakaian dan terjun.[jarak hotel dgn pantai lebih kurang 150 meter]... yang tinggal di hotel hanya AJK bahagian masakan... selain mandi macam² aktiviti yang dibuat... main bolasepak pantai, polo air, naik bot kayuh, berjemur[tiru omputih ahaks]... lepas 2 jam berendam semua dah kecut... balik hotel mandi air biasa... rehat kejap pastu makan tengahhari.

2.45 ptg sesi melawat sekitar matruh dimulakan... mula² pergi Hamam Cleopatra[tempat Puteri Cleopatra bermandi manda]... kisah yang boleh wujudnya Hamam tu ---- Zaman dulu Puteri Cleopatra ni adalah seorang pemerintah di kawasan Matruh & Siwa... dia asyik berulang alik dari dua tempat itu... apabila dia tiba di Matruh dia akan mandi manda di kawasan itu... penduduk Matruh ketika itu yang sayangkannya berpakat untuk membuat suatu tempat khas bagi beliau... jadi batu besar yang ada di tepian pantai itu ditebuk oleh penduduk di situ khas untuk beliau... batu itu masih elok seperti dulu... ianya ditebuk di bahagian hadapan batu bagi laluan air laut masuk... dan bahagian belakang untuk laluan air laut keluar... manakala di bahagian atas lubang ditebuk bagi laluan cahaya matahari... memang terpaku seketika apabila melihat keadaan laut di situ... pemandangan yang jarang dapat ditemui. ----

Kemudian bertolak ke pantai Agiba... kat situ yang istimewanya adalah kawasan pantai yang cantik, batu² bukit yang dipahat oleh angin yang bertiup, dan pemandangan matahari terbenam yang menghasilkan tujuh warna air laut... sekali lagi terpaku dan mengucapkan Subhanallah... selesai melawat pantai beralih pula ke Suuq Libya[pasar Libya]... kat situ ada memacam benda... pakaian kulit, baju, buah kurma, tiin, zaitun, minyak zaitun, minyak gargir, dan beberapa jenis ubat kuat[kuat tenaga batin].

Sebelah malam acara bebas... macam² aktiviti buleh dibuat... berjalan² di tepi pantai menghirup udara segar laut Mediterinian... mengayuh basikal yang disewa 2 junaih sejam, melawat sekitar bandar Matruh... menjamu selera dengan makanan seafood nya... menjamu telinga dengan irama muzik arab yang berbagai²di cafe² dan restoran².

Siwa

Pagi esoknya bertolak ke Siwa... perjalanan mengambil masa 3 jam lebih... merentasi Sahrawi yang begitu sayup dipandang... sekali sekala bertemu unta liar yang bertandang di tepi lebuhraya... dan ada yang bertenggek di tengah² jalan.[Qahafi teringat jalan dari Perlis ke Kelantan yang kadangkala ada gajah ditengah jalan]... Siwa adalah sebuah perkampungan manusia yang berbangsa Barbarian... ianya dalam proses pembangunan oleh kerajaan Mesir untuk tujuan pelancongan.

Tiba di sana jam 11 pg... terus mendaki kota lama Siwa... di situ terdapat kesan² rumah lama penduduk Siwa yang diperbuat daripada tanah yang di gaul dengan air... namun kota itu tetap teguh dan masih boleh dilawati... di atas kota itu dapat dilihat kawasan sekitar Siwa sepenuhnya... setelah puas bergerak ke kubu Alexander The Great... di situ tempat Alexander berkubu ketika perang... ia juga digunakan sebagai tempat persembunyian penduduk sekitar ketika perang... di puncak kubu itu terdapat sebuah bilik yang dijadikan tempat Alexander beribadat... tempat ibadat itu dibina menghadap ke matahari kerana beliau adalah penganut agam Majusi... di situ juga dapat di lihat Laut Garam yang berhampiran dengan kubu itu... disitulah tempat garam mentah diambil dan diproses untuk dibuat garam bersih.

Selesai melawat kubu... terus melawat kesan sejarah Amoun yang dikatakan tuhan matahari... namun kesannya tidak begitu jelas dan yang tinggal hanyalah batu² besar yang dikatakan juga tempat Alexander beribadat... bergerak kehadapan lagi... terdapat sebuah kolam berdiameter lebih kurang 6 meter dan mempunyai kedalaman sehingga 15 meter... ia adalah kolam Cleopatra... jika di Matruh terdapat Hamam Cleopatra di Siwa pula terdapat tempat berendam puteri Cleopatra di dalam air tawar... tetapi yang mandi disitu hanyalah 3 orang peserta sahaja ... yang lainnya tidak berani[sebab tak pandai berenang laa tu-- termasuk Qahafi-- hehehe].

Di kawasan kolam itu kami berkelah di bawah pohon kurma yang subur... menjamu selera dengan nasi yang telah dimasak dari awal lagi... sebenarnya semua tempat² yang diceritakan tadi berada di kawasan ladang kurma yang luas.[kalau tengok dari puncak kota lama nampak macam tempat lakonan Mummy The Return]... selesai sembahyang kami masuk balik ke pekan kecil Siwa untuk bershoping.

Di sini terdapat berbagai jenis barang... antaranya buah kurma berinti coklat, buah kurma berinti badam, buah zaitun, minyak zaitun, minyak gargir, dan berbagai lagi... sambil membeli belah kami curi peluang untuk belajar bahasa penduduk disini... macam yang disebutkan tadi kat sini penduduknya berbangsa barbarian... mereka memang berasal dari sini... mereka juga mendiami kawasan sempadan Libya dan timur Libya... rasanya di dalam banyak² tempat di Mesir ini, Siwa lah tempat paling best... ---- sebab apa? ---- sebab kawasan kampungnya yang damai... penduduknya yang ramah dan tidak seperti orang arab Mesir yang begitu kasar dan kadangkala ganas[tidak semualaa].

Penduduk di sini majoritinya berakhlak mulia... di sini perempuan yang telah dikahwini atau ditunangi atau dipunyai akan menutup aurat mereka sehingga tidak kelihatan walau sebiji mata pun... mereka memakai jubah hitam yang menutupi seluruh tubuh badan termasuk muka... manakala gadis yang belum berpunya akan mendedahkan bahagian muka sahaja... jika terpandang memang betul² lawa, putih dan ..... [tak buleh lebih² aaa]... memang betul² berbeza dengan kaum lelaki mereka yang berkulit hitam kerana panas melampau.

Berbalik kepada bahasa yang sempat dipelajari daripada penduduk disitu... bahasa mereka memang jauh bezanya dengan bahasa arab... namun tidak ada masalah berkomunikasi dengan mereka kerana mereka boleh bertutur di dalam bahasa arab Mesir... jikalau di dalam bahasa arab --- Saya pergi ke sekolah --- disebut --- ana azhabu ilal madrasah --- bahasa Barbarian pula 'Nish gaha timidras' ... dan jika disebut --- aku berasal dari Kaherah --- bahasa arabnya 'Ana minal Qaherah' --- bahasa Barbarian nya 'Nish negen masara' ... tetapi ada satu perkataan menarik yang hampir sama dengan bahasa melayu iaitu kereta keldai yang digunakan untuk mengangkut pelancong ... ianya disebut 'Kareta'.

Pukul 4 ptg bertolak ke Matruh ... tetapi disebabkan tersesat jalan, kami lewat tiba di Matruh... namun sempat lagi bersiar² di sekitar bandar itu untuk kali terakhir sebelum bertolak ke Kaherah esok... Pagi besoknya pukul 9 pagi kami check out dari hotel menuju ke pantai Ubaid yang bermaksud putih... ianya dinamakan begitu kerana pasirnya yang begitu putih... ada yang mengatakan pasir disitu adalah pasir yang terbaik di dunia untuk dibuat seramik dan marmar... pantai ini perkelahan terakhir kami disini... bermandi laut selama 4 jam amat menyeronokkan... sampai kulit habis hangus.

Pulang

Jam 4 petang bertolak pulang ke Kaherah... sekali lagi megambil masa selama 7 jam lebih merentasi Sahrawi untuk sampai... Alhamdulillah tidak ada apa yang menjejaskan perjalanan... selamat tiba di rumah Perlis jam 11.15 malam dengan keletihan dan kepuasan. -Tamat kisah Rehlah-

☼ Gambar² Matruh & Siwa InsyaAllah akan dimasukkan selepas ini ☼

Thursday, July 10, 2003

[CATATAN 30]

Masuk hari ni dah 11 hari tak apdet weblog ni... bukan apa tak sempat nak fikir... lepas tu tak sempat plak nak 'tarjim' cerita Juha tu... tapi lepas selesai kerja yang tengah di buat ni insyaAllah cerita tu akan bersambung lagi... sebagai gantinya ku bawakan dua kisah yang saja² direka[sapa perekanya tatau] tapi best gak baca sekali sekala.

Dendam


Seorang pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yangternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?" Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan
Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"
Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu. "Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem. "Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi. "Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg bodoh..!" jerit sang pengarah
lagi. "Aaahh! Iceberg, Garlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"



Mari terjun!!!

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4. Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, macammana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Laludia mengambil beg pertama dan terus terjun. Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas watina pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun. Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".Budak 10 tahun itu menjawab, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya".