AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Sunday, June 29, 2003

[CATATAN 29]

[Juha 46] ☼☼☼ Ukirkanku cincin yang tertulis 'Khas'(??)

Suatu hari, pekan 'Aaqi Shahr'(pekan berhampiran kampung Juha) didatangi oleh seorang pengukir terkenal dan mahir... salah seorang sahabat Juha ingin mengukir cincinnya dengan namanya iaitu 'Hasan'(???)... pengukir itu mengenakan bayaran sebanyak '3 Qurush' bagi setiap huruf.
Sahabat Juha pun menghitung berapa yang perlu dibayar jika dia ingin cincinnya diukir dengan nama bapanya sekali... dan dia mendapati upahnya terlalu mahal... jadi dia membuat keputusan untuk diukirkan namanya sahaja... tetapi dia masih memikirkan cara untuk mengurangkan lagi upah yang perlu dibayar.
Lalu dia pun pergi berjumpa dengan Juha untuk meminta pertolongannya... Juha pun membawa sahabatnya itu pergi berjumpa dengan pengukir tersebut dan meminta pengukir itu mengukirkan nama sahabatnya di atas sebentuk cincin.

"Siapa namanya?", tanya pengukir itu.
"Khas (??)", jawab Juha.
"Apa jenis nama ni?", tanya pengukir itu lagi.
"Apa maksud engkau? Ukir sajalah apa yang kami suruh itu!!", kata Juha.

Pengukir itupun mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Juha itu dengan mengukirkan nama 'Khas'(??)... tetapi setelah diukir huruf 'Kha'(?) dan 'siin'(?) Juha menyuruh pengukir itu untuk tidak meletakkan titik pada huruf 'Kha'(?)... sebaliknya letakkan titik itu diakhir huruf 'Siin'(?).
Maka fahamlah pengukir itu kenapa Juha ingin mengukir dengan nama 'Khas' (??)... pengukir itu menghadiahkan sahaja cincin itu tanpa meminta upahnya.


[Qahafi] : Korang faham tak cerita di atas tu? kalau orang yang belajar bahasa arab atau faham dengan huruf² jawi ni mesti dah faham. Tapi kat sini aku nak terangkan sikitlah untuk orang yang kurang arif tentang huruf² jawi ni.
Juha ni nak tolong kawan dia tu untuk kurangkan upah yang perlu dibayar. Jadi dia suruhlah pengukir tu ukirkan nama 'Khas'(??). Jadi dia hanya perlu bayar upah untuk dua huruf sahaja, sedangkan nama kawannya itu sebanyak tiga huruf iaitu Hasan (???).
Juha menyuruh pengukir itu meletakkan titik itu diakhir huruf 'siin'(?) kerana ekor huruf 'siin' itu akan menjadi huruf 'nuun'(?) jika diletakkan titik. Maka terhasillah nama Hasan (???) pada cincin tersebut, kerana yang diukir bukanlah huruf 'Kha'(?) dan 'Siin'(?) , tetapi huruf 'Ha'(?) , 'siin'(?) dan 'nuun'(?).


[Juha 47] ☼☼☼ Jika gunung tidak berjalan, yang ditarik akan berjalan

Ketika Juha duduk bersembang kosong dengan sahabat²nya, salah seorang daripada mereka bertanya kepadanya, "Dari mana engkau tahu bahawa engkau ini adalah 'wali' ?"
"Jika aku memanggil batu maka dia akan datang kepadaku dan jika aku memanggil pokok maka dia akan berjalan menuju kepadaku", jawab Juha.
"Kalau begitu panggillah pokok yang ada di depan kami ini", kata lelaki itu.
"Baik!", kata Juha.

Juha pun memanggil pokok itu dengan suara yang lantang sekali, "Datanglah wahai pokok yang berkat!!" (tiga kali)... tetapi pokok itu tidak bergerak walau seinci pun, Juha pun mendekati pokok itu.

"Apa ni? Engkau kata pokok itu akan datang kepada kau!", kata sahabat²nya.
"Para 'wali' tidak ada sifat Takabbur(sombong) atau Riya', jika gunung tidak berjalan, yang ditarik akan berjalan", jawab Juha.

Thursday, June 19, 2003

[CATATAN 28]

[Juha 43] ☼☼☼ Satu katil tidak muat untuk empat

Selepas kematian isterinya, Juha berkahwin dengan seorang janda... tetapi Juha tidak dapat melupakan arwah isterinya dan dia selalu menyebut² tentang kebaikan isterinya yang pertama dengan melampau... dan isteri Juha juga sering menyebut² tentang kelebihan arwah suaminya.
Pada suatu malam, Juha tidur di atas katilnya dengan terlentang kerana terlalu letih... tiba² dia menendang isterinya sehingga tergolek jatuh ke lantai... isterinya sangat marah dengan perbuatan Juha itu.
Keesokan harinya, bapa isterinya itu datang untuk melawat mereka... maka isterinya pun mengadu kepada bapanya tentang apa yang berlaku semalam... mereka pun bertengkar tentang perkara itu... bapa mertuanya bertanya kepada Juha apa sebenarnya yang berlaku.
Juha menjawab, "Biar aku menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan aku minta supaya engkau mendengarnya dengan teliti... aku seorang, campur dengan arwah isteriku yang lalu maka jadilah dua... campur pula dengan isteriku yang sekarang maka jadilah tiga... campur pula arwah suaminya yang lalu maka jadilah empat orang... tentulah katil kecilku itu tidak muat untuk empat orang pada satu masa... sebab itulah dia terjatuh... jadi apa salahku?!


[Juha 44] ☼☼☼ Engkau tanya tentang tetamu di langit, tetapi engkau tidak tanya tentang makan minumku?!

Suatu hari Juha pergi mengajar di sebuah masjid di salah satu kampung... semasa dia mengajar dia menceritakan tentang kisah Nabi Isa 'Alaihissalam ketika di angkat ke langit keempat.
Ketika dia keluar daripada masjid, datang seorang perempuan tua kepadanya lalu berkata, "Wahai tuan! Aku keliru dengan apa yang engkau ceritakan tadi... engkau kata Nabi Isa diangkat ke langit keempat, pelik! dari mana dia mengambil makanan dan minuman?
Jawab Juha dengan marah, "Wahai perempuan jahil! Aku sudah berada di kampung ini selama sebulan... kenapa engkau bertanya kepadaku tentang Nabi Isa yang mulia itu... dia adalah tetamu di langit keempat dan tenggelam di dalam pelbagai nikmat dari Allah S.W.T... tetapi engkau tidak bertanya tentang makan dan minumku?!


[Juha 45] ☼☼☼ Menjunjung perintah

Pada suatu pagi, Ibu Juha berkata kepadanya, "Aku hendak pergi bersiar² di tepi tasik bersama² dengan jiran... dan engkau jagalah pintu rumah dengan baik dan jangan sekali² engkau meniggalkannya".
Maka Juha pun duduk di bendul pintu sambil makan kuih yang dibuat oleh ibunya... tiba² sepupunya datang dan dia menyangka bahawa ibu Juha berada di dalam rumah lalu dia berkata kepada Juha, "Pergi beritahu kepada ibu engkau bahawa aku akan datang ke sini petang nanti bersama dengan makcik engkau".
Juha pun cepat² mencabut pintu rumahnya dan diletakkan di atas bahunya lalu pergi kepada ibunya... apabila dilihat oleh ibunya dia bertanya kepada Juha, "Apa ni?"
Jawab Juha, "Bukankah ibu berpesan supaya jangan tinggalkan pintu ini... sepupuku datang tadi memberitahu bahawa dia akan datang petang nanti bersama dengan makcik... dia menyuruhku datang memberitahu ibu... jadi tidak dapat tidak aku mesti menjunjung perintah kamu berdua, kalau tidak apa yang harus aku lakukan?"

Monday, June 16, 2003

[CATATAN 27]

[Juha 39] ¤¤¤ Tidak cukupkah bebanannya

Suatu hari Juha membawa keldainya mengangkut kayu api... kemudian Juha menunggang dengan berdiri di atas keldainya... budak² yang bermain disitu ketawakan Juha setelah melihat perbuatannya yang ganjil itu... kemudian salah seorang daripada mereka berkata, "Kenapa engkau tidak menunggang dengan duduk di atas keldai engkau itu?"
Jawab Juha, "Hei budak²!! Tidak cukupkah bebanan yang di bawa oleh keldaiku ini sehingga aku hendak menambah lagi beratku ini!.. cukuplah keldaiku ini dapat mengangkat kakiku daripada bumi!.


[Juha 40] ¤¤¤ Aku beli dengan bijinya, takkan aku hendak buang?

Isteri Juha melihat Juha sedang makan buah kurma tetapi dia tidak membuang bijinya... isterinya berkata, "Apa yang engkau buat tu? Engkau makan kurma dengan bijinya sekali?"
Kata Juha, "Tentulah aku makan dengan bijinya sekali!!.. kerana penjualnya menimbang dengan bijinya sekali... dan bukankah aku membayar dengan harga bijinya sekali... takkanlah aku hendak buang begitu sahaja benda yang aku beli dengan duitku?"


[Juha 41] ¤¤¤ Aku melihat mimpiku sangat indah

Juha terjaga daripada tidurnya... dia berkata kepada isterinya, "Cepat bawa kemari teropong sebelum tidurku pergi"... Isterinya pun memberikan teropong itu kepada Juha dan bertanya, "Apa sebabnya engkau minta teropong"?
Jawab Juha, "Aku melihat mimpiku sangat indah, jadi aku hendak meneropongnya dengan lebih jelas".


[Juha 42] ¤¤¤ Aku tidak pandai matematik

Selepas Juha berkahwin beberapa bulan, isterinya memberitahu kepadanya bahawa dia sedang mengandung tiga bulan dan dia akan melahirkan anak... isterinya menyuruh Juha pergi memanggil bidan.
Juha berkata, "Kita sudah maklum bahawa wanita akan melahirkan anak selepas sembilan bulan, jadi apakah yang sedang berlaku ni"?
Isteri Juha memarahinya dengan berkata, "Wahai suamiku!! sudah berapa lama kita bernikah, bukankah sudah tiga bulan?"... "Ya", jawab Juha.
Isterinya berkata lagi, "Dan engkau sudah mengahwini aku selama tiga bulan, maka jadilah enam bulan, bukan begitu?.. Dan janin yang ada dalam perutku ini juga sudah tiga bulan, maka cukuplah sembilan bulan".
Selepas berfikir sekejap Juha pun berkata, "Betul kata engkau itu, aku sebenarnya tidak pandai matematik, maaflah aku salah kira".

Thursday, June 12, 2003

[CATATAN 26]

[Juha 35] ¤¤¤ Menghadapkan muka kepada bajunya

Seorang sahabat Juha sedang mandi di dalam tasik di kampung 'Aaqi Shahr'... dan Juha ada bersamanya... sahabatnya bertanya kepada Juha, "Jika seseorang itu sedang mandi, kemanakah seharusnya dia menghadapkan mukanya?"... Jawab Juha, "Dia mestilah menghadapkan mukanya kepada tempat dimana dia letakkan bajunya".


[Juha 36] ¤¤¤ Aku ketua hal luaran, dan dia hal dalaman

Suatu hari rumah Juha terbakar... salah seorang jirannya datang kepadanya dan berkata, "Cepat!! rumah engkau sedang terbakar, aku sudah ketuk pintu rumah tetapi tidak ada orang yang menjawab".
Dengan tenangnya Juha berkata, "Wahai saudara! Aku bersumpah demi Allah bahawa hal rumahtanggaku, aku bahagikan kepada dua bahagian... aku bertanggungjawab ke atas hal luaran dan isteriku bertanggungjawab ke atas hal dalaman... aku minta tolong kepada engkau pergi beritahu kepada isteriku bahawa aku tidak ada kaitan dengan hal dalaman rumahku".


[Juha 37] ¤¤¤ Adakah ibu engkau tidak mengandung?

Suatu hari Juha didatangi oleh seorang perempuan bersama dengan kakak iparnya... dan perempuan itu mengadu kepadanya bahawa dia tidak boleh mengandung... dia dan suaminya sedang bersedih kerana tidak ada kebahagiaan di dalam rumahtangganya dan rumahnya sunyi daripada hilai tawa kanak²... dia meminta kepada Juha jika dia mempunyai tangkal, ubat atau apa² cara untuk mengatasinya.
Juha pun memikir cara untuk mengatasi masalah perempuan itu... dia berpaling kepada kakak ipar perempuan itu lalu berkata, "Adakah ini masalah keturunan?? Adakah ibu kamu juga tidak pernah mengandung"?


[Juha 38] ¤¤¤ Alangkah indahnya jika tidak dipenuhi air

Suatu hari Juha pergi ke 'Syuri Hisar' buat kali pertama... apabila dia melihat tasiknya yang luas Juha berkata, "Lihatlah betapa indahnya padang rumput gembala di sini, tetapi tidak ada faedahnya kerana ia dipenuhi dengan air".

Tuesday, June 10, 2003

[CATATAN 25]

[Juha 32] ¤¤¤ Aku sayang kepada siapa yang ada rantai kulit siput biru

Juha mempunyai dua orang isteri... dan dia menghadiahkan kepada setiap seorang daripada isterinya rantai yang di perbuat daripada kulit siput yang berwarna biru ... dia berpesan kepada kedua² isterinya itu, "Engkau jangan tunjukkan rantai ini kepada madu engkau, kerana ini adalah tanda kasihku kepada engkau".
Pada suatu hari kedua² isterinya itu datang kepada Juha dan kedua isterinya berkata, "Siapakah diantara kami berdua yang engkau lebih sayang dan bergantung kasih"?
Juha berkata kepada kedua isterinya, "Aku sayangkan isteriku yang ada padanya rantai kulit siput biru"... maka kedua² isterinya itu saling menyangka bahawa Juha sayangkannya lebih daripada madunya.


[Juha 33] ¤¤¤ Tidak ada komen dalam perkara ini

Selepas berbuka puasa di bulan Ramadhan, Juha selalunya hanya akan bersembahyang sekejap sahaja iaitu dengan bacaan surah yang pendek dan kemudian dia akan sambung semula makan makanan yang berbaki.
Suatu hari dia dijemput untuk berbuka puasa di salah sebuah masjid... sebelum bersembahyang Maghrib, jemaah yang ada di situ memberi isyarat kepada Imam supaya membaca surah yang panjang².
Imam pun mula membaca surah Al-Fatihah dengan tertib, perlahan dan betul² mengikut tajwid sehinggakan Juha sudah merasa bosan... selepas membaca Al-Fatihah Imam terus membaca surah Yaasin... sebaik sahaja mendengar Imam menyebut 'Yaasin' Juha berkata di dalam hatinya, "Allah telah tahu bahawa aku tidak mampu bertahan, dan setiap perkara itu ada waktunya".
Lalu Juha terus keluar daripada Jemaah dan bersolat sendirian... kemudian dia mendengar Imam menyebut 'WalQur'anil Hakiim' 'Allahu Akbar'... Imam terus rukuk... Lalu Juha cepat² masuk semula jemaah dan bersolat mengikut Imam sambil berkata di dalam hatinya, "Dalam perkara ini tidak ada komen".


[Juha 34] ¤¤¤ Kenapa engkau lihat tapi tak makan

Suatu hari Juha pergi ke Bandar Syuri Hisar... sedang dia berjalan perutnya berasa sangat lapar tetapi dia tidak mempunyai makanan... lalu dia pun berjalan melewati sebuah pasar... tiba² dia terpandang seorang penjual roti sedang mengeluarkan roti yang panas dan lembut dari dapur pembakar roti... dan baunya yang enak itu menjalar ke seluruh pasar.
Juha berkata kepada penjual roti itu, "Adakah roti ini kepunyaan engkau?"... "Ya", jawab penjual roti... Juha mengulang soalan yang sama, "Adakah semua roti ini dan semua gumpalan tepung ini engkau yang punya?".
Kata penjual roti itu lagi, "Kenapa engkau menyusahkan aku? Memanglah semua ini aku yang punya" ... Jawab Juha, "Tidak ada masalah laa kalau macam tu, tapi kenapa engkau membatu sahaja dan hanya melihat tapi tidak makan?".

Friday, June 06, 2003

[CATATAN 24]

[Juha 29] ☼☼☼ Dapur pun takut dengan isteriku

Suatu hari Juha hendak menyalakan api di dapur rumahnya... setelah dihembusnya berkali², api masih tidak mahu menyala... tiba² dia masuk ke dalam bilik isterinya lalu diambilnya jubah isterinya dan diletakkan di atas kepala... Juha cuba menghembus dapur tadi sekali lagi dan tiba² api menyala... kata Juha dalam hatinya, "Hairan sungguh!! Dapur pun takut dengan isteriku".

[Juha 30] ☼☼☼ Dukacita ke atas himarnya tetapi tidak pada isterinya

Ketika isteri Juha meninggal dunia, dia tidak begitu sedih... Selang beberapa hari himarnya pula mati... Juha sangat sedih dan berdukacita atas pemergian himarnya... sahabat²nya berkata, "Engkau ni pelik laa Juha! Semasa isteri engkau meninggal dunia engkau tidak begitu sedih seperti yang engkau sedih ke atas kematian himar engkau".
Juha menjawab, "Ketika isteriku meninggal dunia, jiran²ku datang kepadaku dan berkata "Janganlah sedih sangat Juha, nanti kami akan carikan perempuan yang lebih baik dari arwah isteri engkau itu". Mereka berjanji kepadaku untuk mencari penggantinya... tetapi apabila himarku mati tidak ada seorang pun yang datang mempelawa aku begitu... Apa yang lebih munasabah patut aku lakukan selain dari memperhebatkan kesedihanku"?

[Juha 31] ☼☼☼ Aku belum habis kencing

Juha masuk ke dalam tandas sebuah masjid untuk kencing... dan ketika itu paip di dalam tandas itu terbuka dan air mengalir mencurah²... Juha menyangka bahawa dia belum habis kencing... maka dia pun menunggu... tiba² datang seorang lelaki untuk kencing... selepas lama menunggu di luar dia menjerit "Engkau tidur dalam tandas ke orang dalam?" Juha menjawab "Aku belum habis kencinglah!!"