AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Thursday, May 22, 2003

[CATATAN 23]

[Juha 27] ☼☼☼ Matahari atau bulan lebih berfaedah?

Ada orang bertanya kepada Juha, "Yang manakah lebih memberi faedah, adakah matahari atau bulan"? .. Juha menjawab, "Matahari hanyalah keluar pada waktu siang dan ianya tidak berguna pada waktu malam.. manakala bulan pula terbit di waktu malam untuk menerangi bumi dan menjadikannya seperti siang.. maka bulanlah lebih berfaedah daripada matahari".

[Juha 28] ☼☼☼ Berikan aku sudu yang besar supaya aku boleh mati

Pada suatu hari di musim panas, Juha telah bertandang ke rumah salah seorang sahabatnya.. oleh kerana terlalu panas, dia telah dihidangkan dengan jus buah mishmish.. tuan rumah itu menggunakan sudu tembaga yang besar sedangkan Juha hanya diberikan sudu yang kecil.. mereka pun makan jus buah itu dengan sudu masing².. tuan rumah itu menghirup jus itu sambil berkata, "Ohh!! aku boleh mati dengan kelazatan jus ini".
Juha menghirup jus buah itu dengan sudu yang kecil tadi hingga habis namun tidak sepatah kata pun keluar dari mulutnya.. Juha pun melihat tuan rumah itu sambil berkata dalam hatinya, "Ini tak boleh jadi nih"... lalu dia pun berkata kepada tuan rumah itu, "Aku pun hendak makan dengan sudu besar ini juga kerana aku pun nak mati juga".

Wednesday, May 07, 2003

[CATATAN 22]

[Juha 26] ??? Siapa yang memberi banyak tidak kedekut untuk memberi sedikit

Menjadi kebiasaan Juha untuk berdoa kepada Allah ketika waktu sahur.. dan diantara yang diminta oleh Juha ialah supaya Allah memberinya 1000 keping wang emas, dan didalam doanya, Juha menyebut dia tidak akan menerima sekiranya Allah mengurniakan kepadanya hanya 999 keping emas.. ketika Juha berdoa, ada seorang jirannya yang beragama Yahudi terdengar akan doanya itu.. jadi jirannya itu ingin menguji Juha.. maka diambilnya 999 keping wang emas dan dimasukkannya ke dalam sebuah beg.. apabila sampai waktu sahur dan selepas dia mendengar Juha berdoa dia melemparkan beg itu kedalam rumah Juha melalui cerobong asap.. kemudiannya dia pergi mengintai apa yang akan dilakukan oleh Juha.
Juha sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana telah mengkabulkan doanya itu.. dengan khusyu' dan tenang dia mula mengira duit emas yang ada di dalam beg tersebut.. dan dia mendapati jumlahnya adalah kurang sekeping daripada apa yang dimintanya.. tetapi dia tidak kisah dengan kekurangan itu dan dia berkata dalam hatinya, "Tuhan yang memberikanku 999 keping emas tidak akan kedekut untuk memberi sekeping emas".. lalu dia terus mengambil beg itu dan menyembunyikannya.
Apabila jirannya melihat Juha berbuat demikian, dia terus masuk ke dalam rumah Juha dan mentertawakannya.. dan berkata, "Kembalikan semula wang emasku, aku hanya nak bergurau dengan engkau dan menguji sejauh mana kebenaran kata³ engkau ketika kau berdoa".
Dengan hairan sekali Juha berkata, "Wang emas apa yang engkau maksudkan? Adakah kau pernah katakan padaku yang engkau ingin meminjam sesuatu dari aku?
Yahudi itu berkata lagi, "Wahai tuan Sheikh!! Wang emas itu bukannya datang dari tuhanmu, tetapi itu adalah wang emasku yang aku lemparkan dari cerobong asap rumahmu".
Jawab Juha, "Mungkin kau dah gila agaknya, apa yang engkau cakapkan itu tidak akan dipercayai oleh sesiapa pun, Adakah masuk akal seorang Yahudi yang sanggup melemparkan sebegini banyak wang emas dari cerobong asap? Sebenarnya apa yang aku dapat ini adalah hasil doaku selama ini kepada Allah S.W.T ".
Maka bertengkarlah mereka tentang wang emas itu dan Juha tetap tidak mahu berganjak dengan kata³nya itu.. dan apabila jirannya itu melihat kesungguhan Juha mempertahankan dakwaannya, dia tahu bahawasanya dia tidak akan dapat membuat satu keputusan selain di 'mahkamah'.. maka dia berkata kepada Juha, "Mari kita berjumpa Hakim".
Kata Juha, "Boleh! Tetapi aku adalah orang tua dan aku tidak dapat pergi ke tempat hakim itu kerana ianya sangat jauh.. lagipun cuaca sangat sejuk dan aku tidak mempunyai baju tebal yang boleh melindungi aku dari kesejukan".
Jawab si Yahudi tadi, "Aku boleh pinjamkan binatang tunggangan dan baju kulit kepada engkau".
Maka pergilah mereka berdua dengan Yahudi itu berjalan kaki sedangkan Juha menungggang keldai dan memakai baju kulit yang tebal.. sebaik sahaja tiba mereka terus berjumpa dengan tuan hakim.
Si Yahudi itu mula bercerita kisah sebenar yang berlaku.. dan apabila habis, kata tuan hakim kepada Juha, "Apa pula yang ingin engkau katakan"?
Jawab Juha,"Simpang jauh sekali dia hendak berikan aku wang emas ini, dan dia membuat dakwaan ini kerana dia mendengar aku mengira wang emas ini.. dan yang sebenarnya aku telah berdoa kepada Allah supaya diberikan kepadaku wang emas.. maka Allah yang Maha berkuasa itu telah mengkabulkan doaku dan dia berkuasa untuk memberikanku banyak atau sedikit.. tetapi Yahudi ini telah ma'ruf bahawa dia tidak akan menolong orang, sekalipun dia melihat orang tua yang lapar dan hendak mati dan merayu meminta sekeping roti, tidak akan diberinya.. inikan pula hendak memberikan aku sebegini banyak wang emas? yang sebenarnya dia ingin mengambil hartaku ini.. dan kalau boleh dia hendak mendakwa bahawa keldai aku yang ada di luar itupun dia yang punya".
Maka tercenganglahlah Yahudi itu dengan kisah yang baru direka oleh Juha itu.. dia mula bimbang keldainya juga akan terlepas ke tangan Juha.. "Kenapa sekarang engkau mengaku bahawa keldai itu engkau yang punya.. bukankah aku telah pinjamkan kepada engkau untuk engkau tunggangi ke sini kerana kau telah memberitahuku bahawa kau adalah orang tua dan tidak boleh berjalan kaki datang ke mahkamah".. kata Yahudi itu.
"Layanlah dia wahai tuan hakim!! dengarlah dakwaan palsu ini.. dan aku tidak akan menjadi orang yang amanah lagi selepas hari ini.. sehinggakan baju kulit yang aku pakai inipun mungkin dia akan katakan dia yang punya".. kata Juha dengan sedih.
Panaslah hati si Yahudi itu dan berkata, "Memang baju kulit itu aku yang punya".
Maka bangunlah hakim tersebut dan ingin menyelesaikan pertengkaran itu, lalu dia berkata kepada si Yahudi itu, "Keluar engaku dari sini!! sudah teranglah kepalsuan dakwaan engkau itu, dan aku sudah faham dengan helah dan pembohongan engkau, sesungguhnya engkau hendak merebut harta orang tua lagi miskin ini".
Maka keluarlah si Yahudi itu sambil menangis.. Juha pula pulang dengan senang hati dengan menunggang keldai itu.. sebaik sahaja dia sampai di rumahnya.. dia memanggil si Yahudi itu ke rumahnya.. si Yahudi itu datang dengan menangis.. Juha memulangkan semula wang emas tadi kepadanya kesemua yang ada di dalam beg tersebut.. dan dia berkata kepada Yahudi itu, "Mulai hari ini janganlah engkau menyibuk urusan Tuhan dan makhluknya.. dan bersegeralah engkau ber'ibadat kepada Allah S.W.T".
Kisah ini adalah peringatan yang besar kepada orang³ Yahudi yang lain.. kerana si Yahudi itu menganggap Juha adalah seorang yang bodoh atau dungu.. setelah bencana ini menimpa dirinya dia telah insaf dan bertaubat lalu meminta Juha supaya memimpinnya ke jalan Islam.. dan begitulah kisah seorang Yahudi yang telah memeluk Islam dengan Juha.

Friday, May 02, 2003

[CATATAN 21]

[Juha 21] ??? Bumi akan terbalik

Seorang lelaki datang kepada Juha dan berkata, "Aku melihat orang ramai pada waktu pagi, setengah daripada mereka berjalan ke arah sini, dan setengahnya berjalan ke arah sana.. tetapi kenapa?"
Juha menjawab, "Jika mereka berjalan ke arah yang sama maka bumi ini akan menjadi tidak seimbang dan akan terbalik".


[Juha 22] ??? Aku mencari tidurku

Juha keluar berlegar³ di jalan pada waktu tengah malam.. tiba³ dia bertembung dengan pengawal keselamatan.. dan pengawal itu bertanya kepada Juha, "Apa yang engkau cari di jalan pada waktu begini?".. Juha menjawab, "Tidurku telah lari dan aku sedang mencarinya."


[Juha 23] ??? Bilakah hari Kiamat?

Ada orang bertanya kepada Juha, "Bilakah akan berlakunya hari kiamat?.. dia berkata, "Hari kiamat yang mana satukah yang kamu semua maksudkan?" .. "Apakah hari kiamat berbilang³?" jawab mereka.. maka jawab Juha, "Ya! Jika isteriku mati, itu adalah kiamat kecil.. dan jika aku mati, itu adalah kiamat besar".

[Juha 24] ??? Cuka

Suatu hari jiran Juha bertanya kepadanya, "Adakah engkau mempunyai cuka?" .. Jawab Juha, "Ya ada".. "Berikan sedikit kepadaku" minta jirannya.. "Aku tidak boleh berikan kepadamu" jawabnya.. "Kenapa?".. "Jika aku memenuhi permintaan engkau itu, aku mesti memenuhi permintaan orang lain juga, jadi habislah cuka dirumah aku dan apa lagi yang tinggal?"


[Juha 25] ??? Aku tidak ada masa hendak ke Baghdad

Datang seorang rakan Juha kepadanya dan berkata, "Aku hendak minta tolong engkau tuliskan surat untuk kawanku di Baghdad".. Juha menjawab, "Engkau carilah orang lain kerana aku tidak ada masa hendak pergi ke Baghdad sekarang."
Maka lelaki itu pun hairan dan berkata, "Kenapa pula engkau hendak pergi ke Baghdad jika engkau tulis surat itu?" .. kata Juha lagi, "Tulisan aku tidak akan boleh dibaca oleh orang lain, jadi jika aku menulis surat itu untuk temanmu di sana, maka aku harus pergi kesana untuk membacakan surat itu di hadapan temanmu itu sehinggalah dia faham apa yang aku tulis".