AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Monday, April 21, 2003

[CATATAN 20]

[Juha 19] ¤¤¤ Membeli Bangkai

Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati.. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?”.. Tanya budak-budak itu.. “Aku memang ingin memilikinya.”.. “Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu.
Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang.. Sesampainya di rumahnya, ibu Juha hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?” Tanya ibunya.. “Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya”.. Jawab Juha.


[Juha 20] ¤¤¤ Kambing Ajaib

Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar.. dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang.. di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.
Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepalatersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang.. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya?”.. “Kambing ini tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya.. “Kambing itu bisu agaknya.” Jawab Juha.. “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?”.. “Kambing ini botak.” Jawab Juha.
Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi.. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya.. “Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha.

Wednesday, April 16, 2003

[CATATAN 19]

[Juha 17] ??? Apabila dia lihat buah kelapa itu dia akan keluar

Isteri Juha sedang sarat mengandung.. dan apabila sampai waktu hendak bersalin dia berasa sangat sakit dan sukar untuk melahirkan anak itu.. kaum wanita yang berada disitu menasihatkan supaya Juha menyeru namanya untuk memudahkannya bersalin, dan jikalau tidak isterinya akan mati atau bayi itu akan lemas.
Juha menggelengkan kepalanya dan tiba³ dia keluar dengan tergesa³ menuju ke pasar.. dia membeli beberapa biji buah kelapa dan terus pulang mendapatkan isterinya yang sedang sakit.. Juha meletakkan buah kelapa itu di bawah kerusi di mana tempat isterinya sedang duduk.. lalu dia berkata, "Moga³ bayi itu akan nampak buah kelapa itu dan terus keluar untuk bermain³ dengannya".

[Juha 18] ??? Sekiranya aku memiliki!

Ketika Juha sedang berjalan dia melihat sekumpulan pelajar, lalu dia mengajak pelajar³ itu makan bersama³ di rumahnya.. mereka pun bersetuju dengan pelawaan Juha itu lalu mengikutnya pulang ke rumah.
Sesampai sahaja di rumah, Juha terus pergi menemui isterinya dan menyuruhnya menyediakan makanan untuk untuk pelajar³ itu.. Isterinya berkata, "mana minyak dan beras?"
Kemudian barulah Juha teringat bahawa dia tidak memiliki bahan untuk dimasak.. lalu dia membawa sebuah bekas kosong dan berjumpa dengan pelajar³ itu, dan Juha berkata kepada mereka, "Sesungguhnya aku telah berniat, sekiranya aku memiliki minyak dan beras aku hendak menghidangkan makanan itu di dalam bekas ini".. kemudian dia terus meninggalkan pelajar³ itu dan menyimpan kembali bekas tersebut.

Monday, April 14, 2003

[CATATAN 18]

[Juha 15] ¤¤¤ Kubur di atas tanah

Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia.. maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya.. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan.. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.
Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham.. dan kalau tidak.. dia tidak mahu menggali kubur.. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu.. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa keping papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan.. “Buat apa kayu itu?” Tanya orang ramai.
Jawab Juha, “Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham.. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja.. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan.. Aku masih untung tiga dirham.. Di samping itu si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur".

[Juha 16] ¤¤¤ Pekikan jubah

Abul Hasan menceritakan bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.. “Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki
itu kepada Juha.
“Jubahku jatuh dari atas rumah” Jawab Juha.. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” tanya lelaki tersebut.. “Engkau ini bodoh, Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” kata Juha.

Monday, April 07, 2003

[CATATAN 17]

[Juha 14] ¤¤¤ Jalan di atas pokok

Ketika Juha bersama³ dengan sekumpulan pemuda di satu majlis, terdapat sebahagian daripada mereka berpakat untuk mencuri kasutnya.. maka berkatalah salah seorang dari mereka, "Siapa yang mampu memanjat pokok ini?"..
Juha berkata, "Aku akan memanjatnya".. anak³ muda itu memperlecehkan Juha dengan berkata bahawa dia tidak mampu memanjatnya.. maka dia pun naik marah dengan anak³ muda itu.. dia pun menghimpunkan sebahagian dari bajunya dan menanggalkan kasutnya lalu meletakkannya di dalam pangkal lengan bajunya..
Dengan bangganya Juha berkata kepada anak³ muda itu, "Tengok macammana aku nak panjat".. mereka bertanya kepada Juha, "Kenapa engkau letakkan kasut engkau di dalam pangkal lengan baju? Apa gunanya kasut itu dia atas pokok?"..
Juha menjawab, "Apa yang kamu semua tahu wahai anak³ muda? Mungkin aku akan terjumpa jalan untuk pulang ke rumahku di atas pokok itu, lalu aku boleh terus pulang tanpa turun semula untuk mengambil kasutku".

[Juha 15] ¤¤¤ Kenapa kau menurunkan aku?

Suatu hari Juha sedang duduk berehat di dalam sebuah bilik yang tertinggi di rumahnya.. tiba³ ada seseorang mengetuk pintu rumahnya.. Juha pun menjengokkan mukanya melalui tingkap.. dan dia mendapati ada seorang lelaki berdiri di hadapan pintu rumahnya.. lalu dia pun bertanya kepada lelaki itu apa yang dia mahu..
Jawab lelaki itu, "Turunlah ke bawah kerana ada hal yang ingin kuperkatakan".. maka Juha pun turun ke bawah.. "Aku orang miskin, dan aku ingin meminta sedekah darimu wahai tuan" kata lelaki tersebut.. Juha pun naik marah dengan lelaki itu tetapi dia menahan kemarahannya dan menyuruh lelaki itu mengikutnya ke atas..
Maka lelaki itu pun mengikut Juha sehingga sampai ke bilik yang teratas.. sebaik saja sampai ke bilik itu Juha pun berkata kepada lelaki tersebut, "Semoga Allah akan membantumu".. "Kenapa kau tidak memberitahuku ketika kita berada di bawah tadi" jawab lelaki itu.. Juha berkata, "Dan engkau, kenapa engkau menurunkan aku dan engkau tidak mengatakan kepadaku ketikaku di atas tadi?