AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Saturday, March 29, 2003

[CATATAN 16]

[Juha 13] ¤¤¤ Apa guna baju di hari Qiamat?

Juha mempunyai seekor anak biri³ yang comel dan dia sangat sayang kepada anak biri³ tersebut.. dan dia membina sebuah istana kecil bagi anak biri³ itu.. akan tetapi kawan³ Juha hendak mempermainkannya dan ingin merampas anak biri³ itu dari Juha.. namun usaha itu tidak berjaya..
Kemudian mereka bermuafakat untuk merosakkan istana yang dibina itu.. salah seorang dari rakan³nya datang kepadanya dan berkata, "Apa guna engkau membina istana ini untuk kambing biri³ engkau sedangkan mungkin hari Qiamat akan berlaku esok atau lusa?.. lebih baik kita sembelih saja kambing ini dan kita makan beramai³..
Juha sedikit pun tidak menghiraukan kata³ rakan³nya itu.. tetapi rakan³nya tetap berkata begitu berulang kali sehinggalah dia tidak dapat menahan lagi.. maka Juha pun berjanji kepada rakan³nya untuk menyembelih biri³ itu esok harinya dan dia menjemput mereka datang makan bersama³ di satu tempat yang dijanjikan..
Keesokan harinya Juha pun menyembelih biri³ itu dan memanggangnya.. dan sementara Juha menyediakan makanan itu, rakan³nya meninggalkan dia keseorangan di situ dan pergi bermain jauh darinya dengan meninggalkan sebahagian dari pakaian mereka untuk dijaga oleh Juha..
Juha merasa bengang dengan perlakuan rakan³nya itu kerana tidak ada seorang pun dari mereka yang mahu membantunya menyiapkan makanan tersebut.. dalam keadaan bengang itu Juha menghimpunkan pakaian rakan³nya itu lalu melemparkannya ke dalam api, maka hanguslah semua pakaian itu..
Apabila rakan³nya pulang, mereka mendapati pakaian mereka sudah hangus di dalam api.. mereka pun marahkan Juha dengan perlakuannya itu.. melihatkan keadaan rakan³nya marah sebegitu, Juha pun merapati mereka dan berkata, "Apakah gunanya semua pakaian ini jika kamu semua telah ber'iktiqad bahawa hari Qiamat akan berlaku esok hari?

Tuesday, March 11, 2003

[CATATAN 15]

Kesibukan menjelma semula.. dengan kerja³ lama tertunggak.. kerja³ baru muncul.. yang mana satu nak buat dulu.. pening³ macam ni mulalah nak melalut.. serabut pala otak.. tapi Ulama' ada menyebut jikalau kita dalam keaadaan begini, banyakkanlah membaca Al-Quran, sembahyang sunat, zikir dan amalan yang sewaktu dengannya.
KPP nak sambut Ulang Tahun 25th atau Jubli Perak kali pertama.. tugasku melicinkan program tersebut dengan selicin licinnya.. walaupun hanya tugas melicinkan tapi ianya tetap satu amanah dan tangggungjawab yang perlu dilaksakan seikhlas³ nya.. walaupun bukan kerja yang bergaji, namun janji Allah terhadap hambanya memberikan pahala bagi Mukhlisin Lillahi Taala tidak mungkin dimungkiri.
Dalam serabut kepala begitu, pulang sebentar ke kampung halaman, bumi Tantawi yang aman damai.. Ianya masih seperti sediakala.. sambil³ tu ambil kesempatan pergi ke markaz.. ada Karnival Antarabangsa 2003.. kebetulan malam tu ada slot Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam.. macam³ jenis pertunjukkan ada.. nasyid dah memang agenda wajib siswa kat sini.. ada sajak, syair, pentomen.. tak disangka pulak penyajak jemputan malam tu seorang yang memang dikenali disini dan juga di malaysia.. sapa lagi Us Mohnas laa.. ataupun nama pena jurnalnya Enmiya ..
Memang best sajak dia.. tertarik dengan salah satu sajak yang dibacanya.. tajuknya Suara Dari Dinding Madrasah yang berkisar tentang kisah SAR[sekolah agama rakyat] hasil nukilan sasterawan negara A. Samad Said.. ku"paste"kan di bawah.. lepas tu ada pentomen kisah CintaMani.. arahan Us Pujangga .. best gak kisahnya.. habis majlis jer terus ke gerai bazar yang dibuka sebaik tamat majlis.. memang datang tadi niat nak pekena Nasi Persada kat gerai us Pujangga tu.. Habis makan balik terus lelapkan mata.

SUARA DARI DINDING MADRASAH

Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga;
anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna.
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada.
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orangtua.
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
selamat ke matlamat syahdu membahagiakan rakyat,
dan bertambah teguh iman sesihat dunia dan akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
tidak ‘kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
kemudiannya berkhutbah tentang bahagia-lara ummah.
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lestarinya sanubari Islami,
memelihara madrasah dan Jawi yang mulai dilupai –
tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A SAMAD SAID
7 Januari 2003

Saturday, March 01, 2003

[CATATAN 14]

[Juha 9] ¤¤¤ Kafankan aku di kubur lama

Juha berwasiat kepada ahli keluarganya supaya mengafankannya [menanamnya] di tanah perkuburan lama setelah dia mati.. ahli keluarganya bertanya "kenapa?"..
Juha menjawab, "Jika malaikat maut datang untuk menyoal aku, aku akan memberitahunya bahawa aku sudah lama dikafankan disini.. dan aku sudah pun disoal.. dan apabila malaikat itu melihat akan keadaan kuburku ini, dia akan percaya dengan kata-kata ku itu.. maka dia akan meninggalkan aku.. dan itulah jalan yang paling mudah untuk aku terlepas daripada disoal."

[Juha 10] ¤¤¤ Berikan sedikit kepadaku untuk dimakan

Ketika Juha sedang asyik memakan ayam panggang, datang seorang lelaki kepadanya lalu berkata, "aku lapar, berikan sedikit ayam itu untuk menahan laparku".. Juha menjawab, "Demi Allah wahai saudara, ayam ini bukanlah kepunyaanku, tetapi ianya kepunyaan isteriku..
Kata lelaki itu lagi, "tetapi aku melihat engkau sedang memakannya!! kenapa?".. Juha menjawab lagi, "apa boleh buat.. isteriku memberikannya kepadaku dan dia menyuruh aku memakannya".

[Juha 11] ¤¤¤ Bagaimana aku nak mengetahui sebelah kananku

Seorang tetamu telah bertandang ke rumah Juha dan tidur di sebelahnya pada malam harinya.. ketika tengah malam, tetamu itu bangun lalu mengejutkan Juha dengan berkata, "bangunlah wahai Juha dan nyalakanlah lilin yang ada di sebelah kananmu itu".. maka Juha pun merasa pelik dengan permintaan tetamunya itu dan dia berkata, "kau gila ke!! bagaimana aku nak tahu dimana sebelah kananku didalam keadaan gelap gelita begini".

[Juha 12] ¤¤¤ Bunyi telah hilang tetapi bagaimana dengan bau?

Suatu ketika ada seorang lelaki duduk di sebelah Juha.. tetiba saja lelaki itu terkentut dan dia berasa amat malu.. untuk menyembunyikan bunyi kentutnya itu, dia menghentak kakinya ke papan dengan harapan bunyi kentut itu tidak kedengaran.. Juha berkata kepada lelaki tersebut, "Jika bunyi telah hilang, maka apa akan kau buat dengan bau kentutmu itu"?