AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Tuesday, February 25, 2003

[CATATAN 13]

Minggu ni memang minggu meletihkan.. tak tau laa pasai pa.. enam hari lepas kena pi Dumyat dan Iskandariah pasal ada jaulah exco.. naik peugot dari 'abud sampailah ke Dumyat Gadid.. makan masa 3 jam lebih.. lenguh habis badan... tapi kejap jer hilang .. maklumlah badan orang muda..
Sampai saja Dumyat kami disambut baik oleh ahli³ KPP cawangan Dumyat... Diorang cakap makanan dah siap dimasak.. kami rasa macam Raja pulak.. semua menunggu kami untuk dimulakan majlis.. tapi apakan daya sebaik³ perancang adalah Allah S.W.T.. kami tiba lewat daripada waktu yang sepatutnya.. lepas rehat kejap kat umah Mior[mandub dumyat] , kami bergerak ke rumah Us Amali , sebab majlis akan diadakan di rumahnya.. masuk jer rumah dia memang sudah berbau masakan yang cukup enak.
Majlis terus dimulakan dengan ucapan YDP KPP.. lepas tu terus dibuka apa³ permasalahan ahli disana.. dan itulah antara tujuan utama kami membuat jaulah kesana.. majlis tamat pukul 12.30 tengah malam.. kami bermalam di rumah Mior.. Pagi esoknya semua exco [7 org] dan beberapa orang lagi bertolak ke tepi pantai dumyat.. kami bercadang untuk mengutip kerang yang terdampar di pinggiran pantai..[hehehe ayat bunga laa pulak] cari punya cari tak jumpa seekor pun kerang .. yang ada hanya kulitnya yang sebesar penumbuk pun ada..
setelah hampir 15 minit mencari barulah terjumpa sekelompok kerang yang terdampar agak jauh sedikit dari gigi air.. kami pun mengutip seekor demi seekor... setelah hampir sejam setengah membongkok ditepi pantai itu., dapat lah juga isi kerang lebih kurang 3 hingga 4 kilo.[kerang ni kena kupas dipantai sebab susah nak bawa balik dengan kulitnya sekali berat!!!!!!]
Habis aktiviti kerang kami pun bertolak ke Iskandariah yang memakan masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki puegot sekali lagi.. ditengah perjalanan kami dilanda ribut pasir... terasa macam di pukul puting beliung... dan apabila sampai sahaja di sana .. ribut pasir masih tidak hilang... kami terpaksa mengharunginya dengan tabah.. menaiki microbus dan kemudian keretapi untuk sampai ke rumah ahli di sana.. sampai saja di sana kami terus ke masjid untuk sembahyang jama' asar dan zohor .. habis sembahyang terus mulakan majlis di rumah salah seorang ahli di sana... tetapi kat situ semuanya ahli akhawat[perempuan].. gugup ler sikit pada mulanya .. tapi dah lama biasa ler.. habis majlis ada lagi majlis menyantap.. rezeki Allah jangan ditolak... sedap juga masakan tu .. maklumlah oarang pompuan masak .. mana tak sedapnya.. pukul sembilan malam kami masih disitu.. tapi tak tahu sama ada nak pulang terus ke Kaherah atau bermalam di sana..
Setelah berbincang kami pun setuju untuk pulang saja.. tapi berpecah dua kumpulan.. dua orang ke Mansurah terlepbih dahulu untuk menghantar Akhawat pulang.. tetiba saja hujan turun lebat.. memang itulah kali pertama saya merasa hujan yang paling lebat di Mesir ni.. siap ada kilat dan guruh berdentum... kami pun terperangkap di tengah hujan.. kami terus ke rumah salah seorang sahabat yang dah kahwin.. kami berborak sementara nak tunggu hujan reda.. pukul 11 barulah kami bertolak pulang ke kaherah dengan menaiki van.. sampai di rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.. mata saya dah macam ada gam.. tapi kena bangun awal pasal pukul 9.00 pagi ada perlawanan bolasepak persahabatan antara Perlis dan Johor.. semua tu saya yang kena uruskan..
tidur punya tidur terlewat jugak ke padang bola.. tapi Alhamdulillah Perlis menang jugak.. besoknya ada satu lagi perlawanan menentang Terengganu.. kali ini memang saya sampai awal ke padang.. tapi Perlis kurang bernasib baik .. kalah 4-3 dengan terengganu... besoknya pula barulah perlawanan bolasepak piala Presiden PMRAM bermula... Perlis bermula dengan baik seri dan besoknya menang dan seterusnya menang sekali lagi.. tetapi hari ini Perlis akan berdepan dengan Terengganu di peringkat separuh akhir.. perlawanan cukup sengit dengan keputusan terikat 0-0 sehinggalah masa suddendeath tamat... pasukan Perlis memang agak lemah jika terpaksa membuat tendangan penalti.. setelah habis 7 orang membuat sepakan, kedudukan masih sama.. pemain yang terakhir adalah penentu.. dan akhirnya Allah mentakdirkan sepakan pemain itu tersasar dan kemenangan diberi kepada pasukan lawan..
Tetapi itu sebagai muhasabah untuk saya lebih bersungguh³ untuk membentuk pasukan Perlis bagi memenangi piala Malaysia pada bulan 8 yang akan datang.. semoga ianya mendapat keberkatan atas apa yang sudah dilaksanakan. ±█████±

Saturday, February 15, 2003

[CATATAN 12]

Pi mai pi mai dah dekat 2 minggu tak menulis.. sunyi jer jurnal ni... bulan 2 ni memang kalut sikit pasai banyak benda nak kena pikir.. piala MKKK lagi piala PRESIDEN lagi ... pi sana pi sini.. pagi tadi pun baru lawan bola [tapi orang lain yang main hehehe].. Alhamdulillah menang kedua2 team .. lepas nak kena setle piala presiden pulak .. tapi insyaAllah moga³ mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah S.W.T .
Dalam dok kelam kabut tu pun sempat lagi menyambut Hari Raya Korban atau EidulAdha.. makan daging macam2... daging unta, daging lembu, daging kerbau, daging kambing, daging ayam, dan daging³ lain yang sewaktu dengannya.. dalam dok makan banyak³ tu teringat plak sahabat³ seukhuwah dan se'aqidah dengan kita yang kurang bernasib baik dan mungkin yang tidak bernasib.. mungkin ketika kita hendak menyuap daging³ itu kedalam pankreas kita, dalam masa yang sama daging tubuh sahabat kita di Palestin disiat³ dan dikelar³ atau dibakar dalam api yang membara.. apakah kita mengingatinya?.. dalam masa yang sama mungkin juga sahabat³ seIslam kita di Acheh sedang di pancung kepalanya atau di perlakukan seperti binatang oleh makhluk Allah yang tidak mengenal belas kasihan..
Ingatkah kita pada sejarah yang membawa kita pada EidulAdha yang sekian tahun disambut dengan korban haiwan dan kenduri daging yang melimpah ruah.. tak lain tak bukan sejarah Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail .. ketika Nabi Ibrahim bermimpi di perintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya sendiri.. kemudian di ceritakan kepada anaknya.. dan Nabi Ismail menyebut If'al ma tu' mar [buatlah seperti mana yang disuruh].. jika peristiwa tersebut terjadi kepada kita, adakah kita akan turut berkata demikian? begitulah pengorbanan yang dibuat oleh seorang anak yang soleh dan patuh kepada suruhan Yang Maha Esa..
sesamalah kita berdoa agar kita digolongkan dalam golongan anak yang soleh.. dan berdoa supaya Umat Islam sedunia selamat dunia akhirat..±█§█±

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat yang menyulam laba³ belah
di tembok kraton putih
kenapa tak goyangkan saja locengnya
biar terdera
atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai.. ®

Monday, February 03, 2003

[CATATAN 11]

Juha [8] ¤¤¤ Juha menjual lembunya

Pada suatu hari kelihatan Juha sedang membawa lembunya ke pasar untuk dijual dengan harapan ia mendapat sedikit pulangan pada hari itu.. setelah lama menunggu sehingga matahari pun telah hampir tegak di kepalanya masih belum kelihatan tanda³ lembunya akan terjual.. Juha merenung nasibnya sendirian sambil hatinya berkata "Apalah nasibku hari ini, lembu tak terjual, perut dah mula lapar".. setelah beberapa ketika datang sahabatnya bertanyakan halnya lalu Juha pun menerangkan satu persatu.
Berkata sahabatnya, "Biarkan aku menjual lembu ini untuk kau".. Lalu sahabatnya mula melaungkan, "Wahai tuan³ sekalian kamu semua hari ini akan beruntung kerana aku akan menjualkan seekor lembu istimewa sedang sarat mengandung, isinya pula lembut dan susu dari kantungnya begitu banyak".. mendengar kata³ begitu ramailah pengunjung di situ datang berhimpun untuk melihat sendiri lembu yang dimaksudkan itu.. Alhamdulillah lembu Juha itu berjaya dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan Juha.. dengan senang hati Juha pun terus pulang kerumahnya.
Selang beberapa hari, datang satu rombongan untuk meminang anak perempuan Juha.. setelah memberi salam mereka dijemput masuk, maka mulalah ketua rombongan itu menerangkan hajat kedatangan mereka.. katanya "Hajat kami sebenarnya ingin meminang anak perempuan tuan mudah-mudahan diberkati Allah hendaknya".
Dengan perasaan gembira lalu Juha memberitahu anak perempuan kesayangannya supaya bersiap untuk dipertontonkan kepada rombongan tersebut.. dalam kegembiraan itu, beliau teringat peristiwa sebagaimana di pasar tempoh hari ketika lembunya berjaya dijual.. tanpa berfikir panjang dengan tidak semena-mena lantas beliau terus bangun berkata, " Wahai saudara! Anak perempuanku ini adalah anak yang paling istimewa dan ku kasihi, sedang sarat mengandung, isinya pula lembut dan susu dari kantungnya pula begitu banyak".
Mudah-mudahan dengan apa yang dia beritahu itu dapat meyakinkan lagi rombongan itu untuk meminang anaknya.. mendengar apa yang Juha cakapkan itu menyebabkan rombongan tersebut berasa tercengang dan terkejut.. tanpa bercakap banyak rombongan itu terus memohon diri meninggalkan Juha kehairanan.