AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Wednesday, January 29, 2003

[CATATAN 10]

Juha [4] ¤¤¤ Kaki kiriku tak berwuduk

Suatu hari Juha mengambil wuduk.. sedangkan air tidak mencukupi.. maka tertinggallah kaki kirinya tanpa berwuduk.. ketika dia sembahyang dia mengangkat kaki kirinya.. orang ramai hairan melihat dia begitu lalu bertanya, "apa yang kau buat wahai Juha?" .. Juha menjawab, "kaki kiriku tak berwuduk".


Juha [5] ¤¤¤ Jika aku menunggang aku akan hilang

Juha telah kehilangan keldainya.. lalu dia pun pergi mencarinya sambil mengucapkan syukur pada Allah.. lalu orang ramai bertanya kepadanya, "Kenapa engkau bersyukur?" .. Juha menjawab, "Aku bersyukur kerana aku tidak menunggang keldai aku yang hilang itu.. jika tidak tentu aku pun hilang bersama³ dengan keldai aku".


Juha [6] ¤¤¤ Sampai bila manusia lahir dan mati

Orang kampung bertanya kepada Juha, "Sampai bilakah manusia akan lahir dan mati?" .. lalu Juha menjawab, "Sehingga memenuhi syurga dan neraka".

Juha [7] ¤¤¤ Bangun malam

Sahabat³ Juha sedang membincangkan tajuk 'bangun malam dan bertahajjud' .. mereka bertanya kepada Juha, "Adakah engkau bangun malam wahai Juha?" .. Juha berkata, "Ya aku bangun malam dan kencing, kemudian aku kembali ke katilku".

Friday, January 24, 2003

[CATATAN 9]

Pejam celik - pejam celik dah 5 hari jernelku terlelap.. bukan ape sibuk ngan KPP[nama persatuan anak negeriku].. ulang alik dari Abas Aqqad ke Sabiek pastu ke Ghamrah plak.. pening gak pikir tugas yang terpikul di bahu yang nak terleweh ni.. tapi sebenarnya tak berat sangat.. saja buat-buatý berat.. kalau nak ikut memang tak sanggup nak pikul tugas ni.. memeningkan dan membelitkan otak je.. lepas pikir-pikir balik dan ingatkan sahabat-sahabat yang mengharapkan bantuanku,. aku terima gak tugas yang boleh mendidikku menjadi umarak di masa depan[aaaaaminn ya rabbb]..
Teringat plak masa aku nak dilantik menjadi ketua kelas masa ting 4 di sekolah menengah dulu.. aku mati-mati tak nak dilantik.. sebab tak pernah lagi aku jadi ketua kelas sebelum tu.. tapi member³ku dah pakat nak lantik gak aku jadi ketua kelas.. apa bleh buat, suara ramai tak boleh dinafi atau ditolak.. aku pun terimalah dengan hati yang tak berapa nak ikhlas.. tapi lama³ rasa best plak jadi ketua ni.. bleh perintah dan mengarah.. kadang³ tu sampai bleh marah anak buah plak pasal tak ikut cakap..[hehehe padam muka, sapa suruh lantik aku jadi ketua]..
Jadi ketua kelas ni bukan payah sangat.. pagi³ ambik buku kedatangan kat pejabat.. pastu kalau ada apa³ makluman dari pihak sekolah aku jadi wakil kelas.. bila cikgu masuk kelas aku cakap : "bangunnnnnnnn!!! selamat pagi cikgu" ataupun "Qiyammmmmm!!! assalamualaikum ya ustazzzz.." tu jer tugasnya.. tapi sebenarnya tugas ketua ni bukan setakat tu jer.. kenalah jugak jaga anak buah kat dalam kelas tu.. tapi yang payahnya kat dalam kelas tu semua member³ yang sebaya.. susah laa skit nak kontrol.. kalau jadi pengawas sekolah takpelah.. bleh 'tocher' atau buli adik³ yang lebih muda dari kita..
Tapi sebenarnya pengalaman itu menjadi teladan kepada kita di masa depan.. sifat kepimpinan yang pernah kita rasai sikit sebanyak tu bleh di serap kedalam jiwa kita untuk dijadikan panduan semasa kita dah betul³ mendapat 'title' pemimpin kelak.. manalah tau kot³ ada rezeki jadi MB atau PM ke.. itu tak mustahil kan??. tapi kenalah ingat bahawa kita mestilah letakkan contoh kepimpinan Rasulullah sebagai panduan utama atau Qudwah Hasanah dalam memimpin sesebuah institusi.. sama ada memimpin keluarga, persatuan, daerah, negeri, negara atau apa sahaja yang memerlukan seorang pemimpin.

Saturday, January 18, 2003

[CATATAN 8]

Juha [3] ¤¤¤ Setiap yang Lahir akan Mati

Suatu hari Juha telah meminjam sebuah bekas yang besar daripada jirannya untuk digunakannya di rumah.. Setelah beberapa hari dia memulangkan semula bekas tersebut kepada jirannya dan di dalam bekas tersebut terdapat sebiji kuali tembaga kecil.. jirannnya hairan dengan kewujudan kuali itu di dalam bekas tersebut.. maka dia pun bertanya kepada Juha mengenai kuali tersebut.
Juha menjawab bahawa bekas yang dipinjam itu telah melahirkan anak dan kuali itulah anaknya.. lalu jirannya itu pun percaya dengan kata³ Juha dan terus mengambil bekas serta kuali tersebut untuk disimpan..
Selang beberapa hari Juha datang lagi untuk meminjam bekas yang besar itu untuk kali kedua, dan jirannya bersetuju untuk meminjamkan bekas tersebut.
Tetapi kali ini dia menyimpan bekas tersebut tanpa memulangkan kembali kepada jirannya itu maka datanglah jirannya ke rumah Juha untuk meminta dipulangkan kembali bekas tersebut..
maka jawab Juha, "Sesungguhnya bekas itu telah mati". maka panaslah hati jirannya itu dan dengan berangnya dia berkata, "Bila pula bekas itu hidup dan boleh mati ". kata Juha , "Bagaimana engkau percaya bahawa bekas itu boleh melahirkan anak, tetapi engkau tidak percaya bahawa bekas itu telah mati ".

Thursday, January 16, 2003

[CATATAN 7]

Juha [2] ¤¤¤ Kisah Daging dan Kucing

Pada suatu pagi, Juha membeli 3 kati daging kemudian dibawanya pulang ke rumah lalu diserahkan kepada isterinya.. setelah itu ia pun berlalu ke tempat kerjanya semula.. melihat Juha telah beredar, dengan segera isterinya memanggil jiran-jirannya yang berdekatan untuk menyiapkan suatu hidangan besar pada hari tersebut untuk dimakan sesama mereka.
Setelah petang, Juha pun kembali ke rumahnya, lantas menyeru isterinya supaya menyediakan makan malam.. maka datanglah si isteri dengan membawa sedulang kecil gandum yang di adun dengan air.. tercenganglah Juha melihat perlakuan isterinya itu.. lalu dia pun berkata, "Wahai isteriku, apakah engkau tidak ada masa untuk memasak daging untukku ataupun kamu hendak jadikan gandum ini sebagai penambah perisa kepada daging tadi agar ianya lebih lazat dan enak?"
Dengan bersahaja si isteri menjawab , "Wahai suamiku sesungguhnya terdapat penghalang kepadaku untuk memasak daging itu kerana ketika aku sedang leka di dapur datang kucing kesayanganmu lalu memakan kesemua daging yang ada tanpa sempat aku menghalangnya.
Juha termenung seketika, lalu bingkas bangun mendapatkan kucingnya yang sedang nyenyak tidur.. dengan segera Juha menimbang kucingnya itu dan mendapati beratnya juga 3 kati.Sambil tersenyum Juha berkata kepada isterinya, "Wahai orang yang sedikit imannya, jika sekiranya apa yang aku timbangkan ini adalah daging, maka dimanakah pula kucingnya dan sekiranya ia adalah kucing, di manakah pula daging nya!!!!!..... kelihatan isterinya hanya tunduk malu di atas apa yang telah dia lakukan.
[CATATAN 6]

Tengah dok starih[relaks] kat bilik naim.. sambil³ dok belek kitab kat atas rak.. tetiba terpandang sebuah kitab yang pernah kubaca, kitab Nawadir Juha Kubra.. kitab ini menarik sebab ianya mengandungi kisah³ lucu atau kelakar mengenai Juha.. kalau sesiapa yang membacanya pasti tersengih³ sorang³ macam baca ujang..taktahulah sama ada kisah³ ini betul ke tidak tapi kadang³ ada logiknya jugak.. Juha ni adalah seorang sheikh di Turki.. namanya yang sebenar Sheikh Nasruddin Juha Ar-Rumi.. dia berasal dari kampung Timurlanka beberapa kilometer dari bandar Siwri Hisar , Turki.. disini kuterjemahkan kisah³nya untuk tatapan sahabat sekalian.. dan kisah³ itu di buat bersiri..selamat membaca.

Juha [1] ¤¤¤ Berjalan Lebih Baik

Pada suatu hari..ketika Juha sedang berehat dirumahnya sambil memerhati 10 ekor himar[keldai] miliknya yang sedang meragut rumput..terdetik didalam fikirannya untuk menjual kesemua himarnya itu.. lalu dia bercadang untuk membawa 10 ekor himarnya itu ke pasar pada keesokannya.
Pada keesokan paginya .. Juha pun bersiap sedia untuk ke pasar di hujung kampungnya itu untuk menjual 10 ekor himarnya itu.. lalu dia pergi ke kandang himarnya untuk memastikan jumlah himarnya cukup..dan dia mendapati jumlah himarnya memang cukup.
Lalu dia menunggang himarnya.. dan bergerak sambil mengiringi himarnya yang lain.. setelah sekian lama dia menunggang, Juha membilang himar³ tersebut untuk memastikan bilangannya cukup.. tetapi dia mendapati jumlah himarnya hanya tinggal sembilan ekor.. kemudian Juha pun turun dari tunggangannya dalam keadaaan kehairanan.. lalu Juha membilang sekali lagi dan dia mendapati jumlahnya cukup sepuluh.
Lalu dia pun kembali menunggang himarnya untuk kali kedua .. apabila dia membilang semula .. jumlahnya kembali menjadi sembilan ekor.. Juha pun turun dari tunggangannya dan membilang semula .. dia mendapati jumlahnya cukup sepuluh.
Kemudian Juha pun berkata pada dirinya, "Jika aku berjalan , maka aku akan dapati jumlah himar aku cukup sepuluh .. tetapi kalau aku menunggang tungganganku, aku akan mengalami kerugian seekor himar." Lalu Juha membuat keputusan untuk berjalan kaki sambil membawa himar³nya itu ke pasar.

Monday, January 13, 2003

CATATAN 5

Kali nie saje nak buat pantun sikit.. bukan apa nak try2 jaa.. tapi ni pun dari UjanG keluaran baru..[hehehe jgn marah aa]
Pantun ni nak fokuskan kepada anak bongsu..Anak bongsu ni banyak kelebihan dan keistimewaannya. Haa... anak tengah sama anak sulung tu janganlah pulak jeling-jeling kat saya..

Anak haruan anaklah sepat,
Main sembunyi dalam baruh,
Apa kemahuan semuanya dapat,
Bagai menatang minyak nan penuh

Apa ada di dalam kain,
Celak patah berserta gincu,
Lebih glamer dari anak-anak lain,
Dialah Acu dialah jugak Usu.

Batang buluh dibuat rakit,
Hendak mencari si anak kera,
Dia juga jarang dapat sakit,
Payah sikit nak kena dera

[Ujang keluaran 174]



Sunday, January 12, 2003

[CATATAN 4 ]

Setiap hari kita melihat kereta meluncur laju di jalanan .. di bandar , di kampung , di lebuhraya, di lorong³ , di merata³ tempat .. masing-masing yang memandu kereta itu berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan dari menimpa diri mereka dan keluarga mereka.. semasa pemandu³ itu mengambil ujian memandu untuk mendapatkan lesen memandu yang sah, mereka juga berusaha untuk tidak membuat kesalahan atau melanggar peraturan jalanraya yang ditetapkan oleh JPJ.. jika mereka tidak membuat kesalahan maka mereka akan mendapat markah yang tinggi dan lulus ujian terebut..
begitulah juga ibaratnya manusia di atas bumi ini.. mereka akan cuba untuk tidak membuat dosa dan mengelakkan diri dari terjebak dengan pelbagai anasir yang membolehkan mereka terjunam kedalam lurah kehancuran..
namun apakan daya .. kita bukanlah Nabi yang bersifat Maksum dan mendapat jaminan syurga dari Allah S.W.T .. dan apakan daya alam fana ini penuh dengan cabaran dan pancaroba yang sentiasa menguji manusia , setiap masa dan walau di mana jua mereka berada mereka tetap akan di buru ujian dari maha pencipta.. jika manusia tidak melanggar apa yang di larang oleh Allah S.W.T dan mengikut apa yang disuruh , sudah tentu manusia itu akan mendapat pahala dan keredhaanNya..
Oleh itu jika kita mampu untuk tidak melanggar peraturan yang dibuat oleh manusia .. cubalah kita untuk tidak melangggar peraturan yang sememang sudah termaktub didalam Kitab Suci Al-quran .. apakah pernah dalam hidup kita ada sehari yang kita tidak membuat dosa kepada yang maha Esa .. cubalah kita untuk menghindarkan diri dari dosa walau untuk sehari dan walau sekecil zarah pun dosa..
Jika kita mampu berbuat demikian InsyaAllah kita mampu untuk beristiqamah dengan apa yang kita lakukan.

Thursday, January 09, 2003

[CATATAN 3 ]

Duduk dalam bilik sesorang tetiba teringat plak tentang peristiwa yang menjahanamkan ekonomi Amerika serta negara yang sewaktu dengannya.. peristiwa yang mengorbankan beribu³ manusia.. peristiwa yang takkan dilupakan rakyat Amerika khususnya dan masyarakat sedunia amnya.. peristiwa itu tak lain tak bukan adalah peristiwa 11 sept 2001 [8.45pg waktu New York].. peristiwa yang meruntuhkan bangunan yang di kagumi dan dimegahkan oleh Amerika , World Trade Center[WTC]..
Ramai yang menilai peristiwa itu dengan bebagai macam pendapat dan berbagai spesifikasi.. Amerika sendiri dengan FBI nya telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu dirancang dan didalangi oleh kumpulan Osama bin Laden dan kuncu³nya.. kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa jam dari waktu kejadian itu berlaku.. terfikir juga bagaimana U.S boleh terus menuduh begitu..
Ada pula yang memberi pendapat bahawa kejadian ini dirancang dan dilakukan oleh Yahudi Laknatullah.. [atau IsraeL bengong bin bahalul] 'illat nya atau sebabnya ialah pada hari tersebut beribu³ pekerja Yahudi yang bekerja di bangunan itu tidak masuk bekerja.. [atau tak punch card].. ini kerana Yahudi tidak berpuas hati dengan U.S dalam beberapa perkara .. dan cemburu dengan U.S..
Ada pula yang mengatakan bahawa peristiwa itu dirancang sendiri oleh Amerika.. dan ianya sudah lama dirancang untuk merobohkan bangunan lama yang sudah tidak menepati citarasa mereka.. jadi untuk merobohkan bangunan itu dengan sebegitu saja terasa rugi.. jadi dibuatkan sebabnya didalangi oleh Osama Laden untuk membunuhnya dan menyeksa beribu rakyat Afghanistan.. dengan itu juga setiap peperangan yang dilancarkan oleh mereka , mereka dapat menguji senjata baru yang dicipta oleh mereka sendiri..
Tak kurang juga pendapat orang ramai yang mengatakan itu adalah balsan dari Allah S.W.T sendiri atas kezaliman yang dilakukan .. dan banyak lagi sebab³ yang direka dan dibuat³..
Jadi apakah sebab yang sebenarnya ?? andalah yang harus menentukan sendiri.. pikir³kanlah sendiri.. naik atas katil .. letak pala atas bantal .. letak tangan dahi .. letak kaki atas lutut pastu letakkan sendiri apakah sebabnya..think ¤¤¤

Friday, January 03, 2003

[Catatan kedua]

masih lagi keliru apa itu jurnal sebenarnya.. yang member aku tu asyik nak canang satu kampung kata aku ni jurnalis..jurnalis apa baru masuk catatan kedua tapi taktau lagi nak tulis apa..
apa tu qahafi?? haaa qahafi tu macam goreng pisang yang masih panas..hehe bukan laa .. sebenarnya qahafi ni laqab yang aku gelarkan sendiri untuk diriku.. asal perkataannya adalah qahafah.. atau fullname nya Kubri Qahafah.. jadi sebab aku duduk kat kubri qahafah ni.. mengikut nahu bahasa Arab kenalah letak nama qahafi.. bermakna orang qahafah.. jadi kalau korang nak letak nama korang ikut nama tempat korang duduk boleh laa try.. kalau dok kat kedah letak laa nama kedahi.. kalau kelantan .. letak nama kelantani.
macam ulama'-ulama' dulu pun ada yang buat macam tu.. sampai lah ulama' sekarang pun.. contohnya Yusuf Al-qardhawi., Tantawi., Qalyubi., Marbawi., Al-'asqalani., Al-Banjari., Al-dumyati., dan banyak lagilah..
tapi ada juga tempat yang susah nak letak nama camtu.. contohnya langkawi.. jadi kalau nak letak gak namanya jadi langkawiiyyi.. hehehe .. jgn marah aaa... dan macam tuulah tempat lain pun ada gak susah nak letak nama camtu.. huih lama dah ni jom astakzin dulu.®