AhLaN WasaHlaN

AzharY WebloG

online

00:00:00

~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~
tempat jurnalis
berkumpul
Jemput lerr komen
Laman Top Malaysia dan Undi laman ini !!!
.
.
Qahafi's juRnaL komen
naMa@nick

email@web

caTit(senyuman)

PermainaN SilanG
PermainaN SilanG




Jemput Lerrr Main.. saja Jer untuk syok-syok

.

JuRNaL LepaS

Monday, August 18, 2003

[CATATAN 37]

Exam

Alhamdulillah baru lepas exam paper AL-QUR'AN kali kedua... moga² dapat result ok... tolong doalah sama yer... kalau lulus insyaAllah naik tahun empat... tahun akhir bagi B.A.
Lepas balik exam terus ke markaz Bait Izzah... makan kenduri sempena selesai exam hujung tahun... kenduri ramai².

Tidoq

Sejak akhir² ni susah sangat nak pejam mata... apsal pun tataulah... mungkin jugak pasal selalu men'tabiat'kan diri dengan tidur siang... malam hari dah jadi siang... sudah tukar ka?

Monday, August 11, 2003

[CATATAN 36]

Mati

"Fuhhh smart hang hari ni... pakai baju batik hang noo!!" ... begitulah kata² seorang kawan saya dua minggu lepas di Muktamar Sanawi PMRAM... tup² dua hari lepas dia sudah meninggalkan alam nyata ini dan pergi ke alam barzakh.
Kawan yang saya maksudkan itu adalah Allahyarham Mohd Izad Zakaria yang telah meninggal dunia hari ahad lepas... beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 2.45 petang di hospital... beliau dimasukkan ke hospital dua hari sebelum Allahyarham meninggal di sebabkan sakit kuning dan jangkitan pada hati.
Agak terkilan saya kerana tidak dapat menziarahinya semasa di hospital... begitulah yang dikatakan mati... datang tanpa diundang... tidak akan dicepat atau dilambatkan walau sesaat... ""Pokjat! semoga rohmu tenang dan ditempatkan bersama² orang beriman"".

Sunday, August 10, 2003

[CATATAN 35]

Juha Return

Sudah agak lama jugak tak meng'entry'kan kisah Juha dalam Jurnal ni... sambil² dok tengok cerita arab semalam sempat jugak menaip kisah Juha empat episod... jadi Juha sudah kembali --- Juha The Return ---

[Juha 47] ¤¤¤ Aku tidak tahu semuanya

Suatu hari bandar Aaqi Shahr didatangai oleh seorang ahli falsafah lalu bertanya kepada penduduk di situ, "Siapakah orang yang paling alim di dalam bandar ini?" ... mereka memberitahunya bahawa ada seorang yang bernama Juha.
Lalu ahli falsafah itupun pergi mencarinya dan apabila dia menjumpai Juha dia bertanya, "Ya Sheikh!! Aku mempunyai 40 soalan, mungkinkah engkau menjawabnya dengan satu jawapan sahaja?"
Jawab Juha tanpa ragu², "Tengok pada soalan engkau"... selepas diajukan 40 soalan itu Juha pun sudah bersedia dengan satu jawapannya, "Aku tidak tahu semua itu"... ahli falsafah itu hanya terdiam kaku.

[Juha 48] ¤¤¤ Tuangkan gula di tengah²

Juha berkongsi susu dengan sahabatnya... apabila mereka berdua ingin meminumnya, sahabat Juha berkata kepadanya, "Aku ingin menuang gula ke dalam susu bahagianku"... Juha berkata, "Jika engkau ingin menuangkan gula, tuanglah ke seratanya supaya kita berdua boleh menikmatinya bersama²".
Kata sahabatnya, "Aku hanya mempunyai sedikit gula, dan aku tidak mahu berkongsi dengan engkau"... Juha terus marah lalu menyeluk tangannya ke dalam jubah dan mengeluarkan sebotol minyak masak dan terus menuangkannya ke dalam susu tersebut.
Kata sahabatnya, "Apa ni? Engkau tuangkan minyak ke dalam susu?"... Jawab Juha, "Kenapa engkau hendak sibuk? Aku nak campurkan minyak ke dalam bahagianku, buatlah apa yang engkau suka dalam bahagian engkau".
Kata sahabatnya lagi, "Engkau tuangkan benda cair tetapi tidak akan bercampur dengan susu?"... Jawab Juha, "Memang ia akan jadi begitu, engkau tuanglah gula itu di tengah²".

[Juha 49] ¤¤¤ Pindahkan ke kebun

Seorang lelaki datang mengadu kepada Juha bahawa rumahnya tidak dimasuki cahaya matahari... Juha berkata kepadanya, "Adakah kebun engkau dimasuki cahaya matahari?"... jawab lelaki itu, "Ya tentulah"... kata Juha, "Jadi engkau pindahkanlah rumah engkau ke dalam kebun".

[Juha 50] ¤¤¤ Aku akan tunjukkan yang mana satukah kaki kamu

Sekumpulan kanak² sedang duduk di tebing sungai dan mereka menyulurkan kaki mereka ke dalam air... salah seorang daripada mereka berkata, "Mana kaki kita?"... kata seorang lagi, "Ini kaki Hasan"... kata yang lain pula, "Ini kaki Husin".
Mereka pun bertengkar dan tidak mahu mengalah... tiba² Juha lalu dan mendengar pertengkaran mereka... Juha berkata, "Tunggu sekejap, jangan bertengkar, aku akan tunjukkan yang mana satukah kaki kamu".
Lalu Juha mengambil tongkatnya dan memasukkannya ke dalam air... Juha memukul kaki budak² itu dengan kuat... lalu dengan tangkas budak² itu mengangkat kaki mereka daripada air... akhirnya mereka dapat mengetahui yang mana satukah kaki mereka.

GAMBO MATRUH & SIWA

.

Monday, August 04, 2003

[CATATAN 34]

Program

Alhamdulillah baru lepas Muktamar PMRAM ke-70... 30hb Muktamar HEWI pastu sambung Muktamar Sanawi 31hb... banyak benda yang dibincangkan... mula perasmian jam 9 pagi... lepas tu perbahasan ucap tema Presiden... sambung plak pembentangan minit mesyuarat lalu, aktiviti tahunan, kewangan sampailah ke perlantikan Badan Pengurus baru... habis muktamar dekat jam 12 tengah malam... semoga PMRAM terus teguh dalam merealisasikan temanya tahun ini -- "Menggilap Tajdid Mendepani Massa" -- .
Habis muktamar terus buat program anak perlis plak... kali ni anjuran Unit Dakwah KPP... program INSANI kali ini berlainan sikit dari yang sebelumnya... kali ini akhawat [pelajar puteri] yang menjadi ketua kepada Ikhwah [pelajar putera]... mereka dipertanggungjawabkan menjadi pengarah dan ketua bagi semua unit... kami hanyalah menjadi timbalan... Alhamdulillah mereka dapat membuktikan kemampuan mereka sebagai ketua.
Slot pertama adalah Forum Bait Muslim... tiga orang ahli panel... Us Mahamud Abdul, Us Khir Mutanazar dan Ustzh Syarifah... fokus nya ialah rumahtangga & kerjaya... menarik sekali perbincangannya... Us Mahamud Abdul yang kebetulan datang ke Mesir untuk urusan bangunan asrama pelajar Perlis di jemput untuk mengisi slot tu.
Slot kedua diisi oleh Us Zahari Ali... diskusikan kitab 'Al-Ashum Wassanadaat Fi Manzur Islami' [Saham dan Bon Menurut Pandangan Islam]... banyak ilmu dapat... pastu slot ceramah diisi oleh Ustzh Nurul Murni Idris... program tamat pukul 6.30 ptg... malam tu terus buat mesyuarat muhasabah... banyak gak perkara yang kurang... moga dapat dibaiki masa akan datang... mabruk untuk Paklang.